KONSEP KEJIRANAN SETEMPAT

PENGENALAN 


Konsep kejiranan salah satu daripada ajaran islam yang amat penting bagi menjamin  kesejahteraan hidup bermasyarakat. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh seorang diri atau mengasingkan diri.Oleh itu, islam  telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat  sekeliling.
Hubungan yang baik dapat dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainyaIslam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran adalah  salah satu cara hidup islam.
Dalam konteks kejiranan, umat islam perlu saling menghormati dan saling menjaga keselamatan diri dan harta benda. Hubungan yang baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam agama.
Allah SWT berfirman dalam  (Surah al-Nisa’4:36) yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu berbuat baik kedua kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim,  orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jauh, orang musafir dan hamba yang kamu miliki.”
Berdasarkan firman tersebut, agama mengajar dan menuntut supaya setiap penduduk  dalam sesebuah kawasan perumahan atau kampung mesti mengenali antara satu sama  lain. Mereka harus bersama-sama bertanggungjawab terhadap keselamatan penduduk dan  jiran tetangga. Islam sebenarnya tidak suka akan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri dan mengasingkan diri daripada kehidupan masyarakat. Sifat  individiualistik ini  bertentangan dengan konteks kejiranan Islam.


KEPENTINGAN HIDUP BERJIRAN 


        
Dengan semangat kejiranan, masalah jenayah dapat dikurangkan. Sebagaimana yang kita ketahui, kejadian pecah rumah sering berlaku sekiranya tiada penghuni di rumah.


Jika semangat kejiranan dalam masyarakat kita kuat, masalah demikian dapat dielakkan dan diatasi .  Sebagai jiran yang bertanggungjawab, seseorang itu akan prihatin terhadap rumah dan harta benda jirannya semasa ketiadaan mereka. Mereka akan membantu untuk melihat persekitaran rumah tetangga dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sesuatu yang mencurigakan sudah pastinya
 jiran akan menghubungi kita. Contoh pada musim perayaan, sekiranya kita pulang ke kampung untuk menziarahi rumah saudara-mara, jiranlah orang yang kita harapkan dapat membantu menjaga  dan mengawasi rumah kita.


Tambahan lagi, kerajaan juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti negara seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu negara organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Apabila adanya persatuan atau pertubuhan tersebut, ia dapat membantu untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan di sesebuah taman perumahan. 


Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu,iaitu “ibarat aur dengan tebing” yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.  Sebagai contoh, mereka boleh berkerjasama dalam memastikan keadaan sekililing sentiasa selamat tidak kira siang atau malam. Rondaan yang kerap perlu dijalankan supaya dapat menghindar daripada kejadiaan yang tidak diingini berlaku. 



Bukan itu sahaja, kepentingan utama hidup berjiran adalah untuk mengukuhkan institusi kemasyarakatan. Semangat tolong-menolong juga dapat dilahirkan di antara penduduk setempat. Sikap tolong-menolong di antara jiran amat penting kerana seseorang itu boleh meminta bantuan jiran jika berlakunya kecemasan. Selain itu, semangat kejiranan dapat mengeratkan hubungan silaturahim sekaligus menambah kenalan  di antara penduduk setempat.  Apabila kita mengenali jiran dengan lebih rapat, segala urusan akan menjadi lebih mudah.  Sebagai contoh, apabila jiran hendak membuat kenduri, sudah pastinya jiran yang lain datang membantu bagi meringankan pekerjaan tersebut. Oleh itu, ia dapat mewujudkan suasana aman damai dan membolehkan penduduk setempat hidup dengan selesa.

Seterusnya, semangat kejiranan penting kepada penduduk Malaysia kerana perpaduan kaum dapat dipupuk melalui semangat tersebut. Sikap saling hormat-menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain dapat dilahirkan. Melalui semangat kejiranan, rakyat Malaysia belajar menghargai dan menghayati budaya dan tradisi rakyat berbilangkaum di Malaysia. Ini akan membawa kepada pencapaian matlamat konsep 1 Malaysia di mana integrasi antara kaum berlaku.



HIKMAH BERAKHLAK DENGAN JIRAN

  • Kehidupan dipenuhi dengan keharmonian dan kedamaian 
  • Dapat bersatu ke arah kemajuan dan kehidupan lebih berkualiti
  • Menghakis sifat individualistik dalam diri 
  • Kemungkaran dapat dibasmi dengan mudah dan cepat 
  • Kerja yang berat menjadi ringan 

KESIMPULAN


Kesimpulannya, kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri  masyarakat yang berkualiti.  Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar.  Jadi dengan ini jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.


RUJUKAN 


http://due6022komunikasiislam.blogspot.my/

http://jefrimuhd.blogspot.my/

http://harleyquinnpuddin.blogspot.my/2016/09/nusa-tercinta-kita-malaysia-merupakan_4.html


LAMPIRAN




🔺



MAKLUMAT TAMBAHAN:


AKIBAT TIDAK BERADAB DENGAN JIRAN 


  • Berlaku perselisihan faham antara jiran tetangga
  • Merosakkan perpaduan dan membangkitkan permusuhan dalam kalangan masyarakat 
  • Sukar mendapat pertolongan dalam kesusahan 
  • Kemungkaran berlaku secara berleluasa